



PERSEFAHAMAN & HUBUNGAN YANG ERAT TERJALIN...
Dalam sibuk menjalankan tugas masing-masing bagi menjayakan program HONG KONG SMART VISIT'07 ini, kami berkesempatan beristirehat & makan malam bersama bagi mengeratkan hubungan silaturrahim yang terjalin. Kesempatan ini jua kami gunakan untuk berbincang dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi. Di kala inilah kami berkongsi pengalaman dan bersua muka. Walaupun penat dalam menjalankan tugas masing-masing, kami masih mampu tersenyum dan gelak ketawa bagi menceriakan suasana. Inilah kekuatan kepada kami seramai 11 orang yang bakal membawa nama Malaysia, Universiti Malaysia Pahang & PERKASA ke Hong Kong tidak berapa lama lagi. Ukhuwah yang terjalin ini kami harapkan akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Insyallah... Team HONG KONG SMART VISIT'07 BEST!!!
No comments:
Post a Comment