Monday, June 4, 2007

Di Sebalik Tabir HK SMART...





Dalam menghadapi berbagai-bagai dugaan & cabaran dalam menjayakan program Hong Kong SMART Visit'07 ini, kami seramai 11 orang tetap bersama mengembleng tenaga dan memerah otak dalam usaha mendapatkan tajaan. Walaupun berbagai-bagai kerenah dari sponsor-sponsor yang di'call', kami terima seadanya. Bukan senang seperti yang disangkakan untuk kami merealisasikan impian dan hasrat kami bagi menjejaki bumi Hong Kong. Setelah berusaha dan mencuba berbagai-bagai cara, kami berjaya mendapatkan tajaan dari beberapa syarikat dan orang perseorangan. Segala-galanya terbukti dengan usaha yang gigih tanpa mengira penat lelah membuahkan hasil yang cukup baik. Kami begitu berharap agar impian kami untuk menjejaki kaki di bumi Hong Kong menjadi realiti. Insyallah, tinggal hanya lebih kurang sebulan lagi ke tarikh kami terbang ke Hong Kong. Doakanlah segala usaha kami ini akan dapat merealiasasikan impian dan cita-cita kami membawa nama MALAYSIA, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG & PERKASA amnya. Yakin boleh!!! HONG KONG SMART VISIT'07 BOLEH!!!



No comments: