Sunday, July 1, 2007

Keberangkatan Delegasi ke Hong Kong


Alhamdulillah... Impian peserta Hong Kong SMART Visit'07 untuk menjejaki kaki di bumi Hong Kong menjadi realiti. Delegasi Hong Kong SMARt Visit'07 ini akan berangkat ke KLIA pada jam 10 malam dan seterusnya bertolak ke Hong Kong pada jam 9.30 pagi dengan menaiki penerbangan Malaysian Airlines System (MAS). Perjalanan ke Hong Kong mengambil masa 3 jam. Doakan semoga kami semua selamat sampai di sana. Jom Hong Kong SMART Visit'07!!!

Monday, June 18, 2007

Majlis Pelancaran Hong Kong SMART Visit'07



Majlis Pelancaran Hong Kong SMART Visit'07 berjaya diadakan pada 27 Jun 2007 di Conference Hall di Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa). Majlis pelancaran ini telah dihadiri oleh hampir 80 orang dari kalangan penaja-penaja, staf Jabatan Bendahari, Unit Korporat, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni, dekan-dekan dan pelajar-pelajar UMP. Majlis ini telah dirasmikan oleh ADUN Sungai Lembing, Y.B. Md. Sohaimi bin Mohamad Shah yang mewakili Y.A.B. Menteri Besar Pahang. Majlis ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya walaupun dengan keadaan tempat yang sempit dan agak terhad bilangan kerusinya. Majlis ini menjadi satu titik tolak permulaan kepada Delegasi Hong Kong SMART Visit'07 sebelum berangkat ke Hong Kong. Berbagai-bagai cenderamata yang diberikan kepada hadirin yang hadir. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni kerana telah menampung segala kos perbelanjaan majlis pelancaran ini. Terima jua kepada semua hadirin yang telah menjayakan majlis tersebut.

Di Sebalik Tabir Majlis Pelancaran



Setelah menghampiri ke tarikh keberangkatan kami ke Hong Kong, maka Majlis Pelancaran Program Hong Kong SMART Visit'07 perlu diadakan. Persediaan selama seminggu bagi majlis pelancaran ini cukup terhad bagi kami untuk mengadakan majlis ini dengan penuh gilang-gemilang.Berbagai-bagai masalah yang timbul tetapi berjaya kami atasinya. Akhirnya, terlaksana dengan penuh bangganya Majlis Pelancaran Hong Kong SMART Visit'07.

Friday, June 15, 2007

Sponsor Lagi...


Inilah barangan makanan yang di'sponsor' dalam bentuk hamper. Begitu tinggi nilainya kepada kami untuk mengalas perut di Hong Kong selama 8 hari 7 malam nanti. Terima kasih banyak2 'sponsor' barangan ini.

...Team HK SMART Visit'07...





Inilah barisan tenaga kerja yang sentiasa bersama-sama memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi bagi menjayakan program Hong Kong SMART Visit'07. Inilah juga orangnya yang bakal membawa nama PERKASA, Universiti Malaysia Pahang(UMP) dan Malaysia ke Hong Kong. Inilah peneraju kepada kejayaan program Hong Kong SMART Visit'07.

Sponsor Lagi...

Berkat kesabaran dan segala tohmahan yang diterima, akhirnya kami berjaya mendapatkan 'sponsor' yang terbesar kepada program kami. Walaupun terpaksa berkejaran dan menunggu begitu sekian lama, akhirnya apa yang dihajati dari 'sponsor' ini tercapai. Inilah 'sponsor' yang menjadi kebanggaan kepada kami. Terima kasih banyak2 kepada 'sponsor' ini.

Sponsor Lagi...


Salah seorang penyumbang lagi yang telah banyak memberi nasihat dan sumbangan yang agak besar kepada program kami. Walaupun perjalanan yang jauh terpaksa dilalui, tetapi hasilnya cukup bermakna buat kami semua. Setiap sesuatu memerlukan pengorbanan. Terima kasih kepada 'sponsor' ini.