Akhirnya, delegasi kami berjaya menjejakkan kaki ke bumi Hong Kong setelah bertungkus lumus merancang program dari awal dan bekerja keras demi mengharumkan nama Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam (FKASA). Semoga dengan adanya program Hong Kong Smart Visit ini dapat membuka mata dan minda pelajar kejuruteraan awam yang lain bahawasanya kita mampu menjalankan mana-mana program sekiranya bersungguh-sungguh.Adalah diharapkan agar program pengantarabangsaan sebegini akan dapat diteruskan dan mendapat sokongan yang jitu daripada semua warga Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam.
Junior engineer dari Highway Department sedang menerangkan bagaimana sistem di bawah jambatan akan berfungsi sekiranya ada pergerakan MTR di tengah jambatan.Overall length : 2.2 km
Main span : 1377m
Height of tower: 206m
No. of Suspenders: 190
Main span : 1377m
Height of tower: 206m
No. of Suspenders: 190
Peak Tram. Salah satu pengangkutan awam yang terkenal di Hong Kong bagi mengelakkan kesesakan lalulintas.
Taklimat Slope Information System (SIS) dan Landslide Public Warning System daripadasalah seorang senior engineer.
Di dalam makmal Kejuruteraan Awam HKUST di mana kami telah disambut dan diberi penerangan oleh 2 orang pelajar yang sedang mengikuti pelajaran di peringkat pHD mengenai kerja-kerja yang dijalankan dalam makmal.
Penyerahan sijil penyertaan oleh Ms. Marianne kepada En. Noram kerana kesudian delegasi untuk menyertai Ujian Stimulator.




No comments:
Post a Comment