Saturday, August 4, 2007

Menjejakkan Kaki ke Hong Kong

Akhirnya, delegasi kami berjaya menjejakkan kaki ke bumi Hong Kong setelah bertungkus lumus merancang program dari awal dan bekerja keras demi mengharumkan nama Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam (FKASA). Semoga dengan adanya program Hong Kong Smart Visit ini dapat membuka mata dan minda pelajar kejuruteraan awam yang lain bahawasanya kita mampu menjalankan mana-mana program sekiranya bersungguh-sungguh.Adalah diharapkan agar program pengantarabangsaan sebegini akan dapat diteruskan dan mendapat sokongan yang jitu daripada semua warga Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam.

Giant Buddha yang berada di Ngong Ping. Di sini juga merupakan tempat perkampungan yang masih mengekalkan ciri-ciri orang cina zaman dahulu.

Pemandangan bandar Hong Kong dari Jambatan Tsing Ma.

Junior engineer dari Highway Department sedang menerangkan bagaimana sistem di bawah jambatan akan berfungsi sekiranya ada pergerakan MTR di tengah jambatan.

Sedang memasuki ruang teknikal untuk melihat dengan lebih dekat struktur di bawah jambatan.

Jambatan Tsing Ma merupakan jambatan tergantung terpanjang di dunia. Jambatan ini mempunyai 3 tingkat di mana tingkat atas sekali adalah untuk kenderaan manakala tingkat kedua untuk laluan MTR dan tingkat bawah sekali adalah untuk penambahbaikan. Tingkat paling bawah ini hanya akan digunakan jika berlakunya ribut taufan kerana jambatan ini satu-satunya jalan penghubung antara Lantau Island dengan Hong Kong Island.

Overall length : 2.2 km
Main span : 1377m

Height of tower: 206m

No. of Suspenders: 190


Bersama junior engineer dari Highway Department di Visitor's Point.

Di tingkat bawah Jambatan Tsing Ma yang merupakan tempat untuk pekerja teknikal melakukan kerja penambahbaikan.

Pemandangan bandar Hong Kong dari The Peak. Di sini kami dapat melihat seluruh Hong Kong dan merupakan antara tempat yang terkenal bagi pelancong.

Mid Level Escalator di sepanjang kaki bukit ke puncak.

Singgah di Ebeneezer's Wan Chai untuk makan tengah hari.

Antara aktiviti yang dijalankan di HKU oleh Persatuan Pelajar.

Peak Tram. Salah satu pengangkutan awam yang terkenal di Hong Kong bagi mengelakkan kesesakan lalulintas.

Di Konsulat Jeneral Hong Kong dimana kami sedang menunggu untuk ketibaan konsul jeneral.

Sudut rancangan televisyen di Global Lounge di mana disini terdapat rancangan tv dari seluruh negara untuk pelajar luar negara yang ada di HKU.

Salah satu sudut santai di Global Lounge. Tempat ini juga dijadikan sebagai tempat perjumpaan antara pelajar luar negara untuk bertukar pendapat dan membuat assignment.

Beramah mesra bersama pelajar Hong Kong University di Global Lounge yang khas untuk pelajar luar negara.

Masjid di Wan Chai

Bergambar bersama Ir. Jenny Fung & Senior Engineer Stephen Yip di CEDD Deparment.

Taklimat Slope Information System (SIS) dan Landslide Public Warning System daripadasalah seorang senior engineer.

Di luar bangunan CEDD Department (Geotechnical Engineering Office)

Di dalam makmal Kejuruteraan Awam HKUST di mana kami telah disambut dan diberi penerangan oleh 2 orang pelajar yang sedang mengikuti pelajaran di peringkat pHD mengenai kerja-kerja yang dijalankan dalam makmal.

Penyerahan sijil penyertaan oleh Ms. Marianne kepada En. Noram kerana kesudian delegasi untuk menyertai Ujian Stimulator.

Bergambar kenangan di hadapan HKUST

Bersama Ms. Marianne Michaels dari Wind Tunnel Department di luar Stimulation Room Test . Kami telah dipelawa untuk bersama menyertai Ujian Stimulator ini yang mana ujian yang sedang dijalankan ini masih dalam pemerhatian dan memerlukan ramai orang untuk menjalaninya. Walaubagaimanapun, kami tidak dibenarkan untuk mengambil sebarang gambar di dalam Jabatan ini kerana segala semua operasi yang dijalankan masih dalam pemerhatian dan sulit untuk orang ramai.

Sekitar pemandangan di Mong Kok pada waktu siang

En. Noram & En. Norasman di hadapan Hong Kong Island

Gambar pemandangan bangunan di Hong Kong Island

Sekitar pemandangan di Mong Kok pada waktu malam.

Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong. Delegasi kami tiba di HK pada waktu tengah hari dan cuaca semasa ketibaan adalah hujan.

Di KLIA bersama Fariz Pramadiaz. Walaupun tidak dapat pergi bersama tetapi Fariz tetap mengiringi kami di lapangan terbang sebagai tanda sokongan pada program yang telah sekian lama dirancang.