Wednesday, August 8, 2007
Saturday, August 4, 2007
Menjejakkan Kaki ke Hong Kong
Akhirnya, delegasi kami berjaya menjejakkan kaki ke bumi Hong Kong setelah bertungkus lumus merancang program dari awal dan bekerja keras demi mengharumkan nama Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam (FKASA). Semoga dengan adanya program Hong Kong Smart Visit ini dapat membuka mata dan minda pelajar kejuruteraan awam yang lain bahawasanya kita mampu menjalankan mana-mana program sekiranya bersungguh-sungguh.Adalah diharapkan agar program pengantarabangsaan sebegini akan dapat diteruskan dan mendapat sokongan yang jitu daripada semua warga Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam.
Junior engineer dari Highway Department sedang menerangkan bagaimana sistem di bawah jambatan akan berfungsi sekiranya ada pergerakan MTR di tengah jambatan.
Jambatan Tsing Ma merupakan jambatan tergantung terpanjang di dunia. Jambatan ini mempunyai 3 tingkat di mana tingkat atas sekali adalah untuk kenderaan manakala tingkat kedua untuk laluan MTR dan tingkat bawah sekali adalah untuk penambahbaikan. Tingkat paling bawah ini hanya akan digunakan jika berlakunya ribut taufan kerana jambatan ini satu-satunya jalan penghubung antara Lantau Island dengan Hong Kong Island.
Overall length : 2.2 km
Main span : 1377m
Height of tower: 206m
No. of Suspenders: 190
Main span : 1377m
Height of tower: 206m
No. of Suspenders: 190
Di tingkat bawah Jambatan Tsing Ma yang merupakan tempat untuk pekerja teknikal melakukan kerja penambahbaikan.
Pemandangan bandar Hong Kong dari The Peak. Di sini kami dapat melihat seluruh Hong Kong dan merupakan antara tempat yang terkenal bagi pelancong.
Peak Tram. Salah satu pengangkutan awam yang terkenal di Hong Kong bagi mengelakkan kesesakan lalulintas.
Sudut rancangan televisyen di Global Lounge di mana disini terdapat rancangan tv dari seluruh negara untuk pelajar luar negara yang ada di HKU.
Salah satu sudut santai di Global Lounge. Tempat ini juga dijadikan sebagai tempat perjumpaan antara pelajar luar negara untuk bertukar pendapat dan membuat assignment.
Beramah mesra bersama pelajar Hong Kong University di Global Lounge yang khas untuk pelajar luar negara.
Taklimat Slope Information System (SIS) dan Landslide Public Warning System daripadasalah seorang senior engineer.
Di dalam makmal Kejuruteraan Awam HKUST di mana kami telah disambut dan diberi penerangan oleh 2 orang pelajar yang sedang mengikuti pelajaran di peringkat pHD mengenai kerja-kerja yang dijalankan dalam makmal.
Penyerahan sijil penyertaan oleh Ms. Marianne kepada En. Noram kerana kesudian delegasi untuk menyertai Ujian Stimulator.
Bersama Ms. Marianne Michaels dari Wind Tunnel Department di luar Stimulation Room Test . Kami telah dipelawa untuk bersama menyertai Ujian Stimulator ini yang mana ujian yang sedang dijalankan ini masih dalam pemerhatian dan memerlukan ramai orang untuk menjalaninya. Walaubagaimanapun, kami tidak dibenarkan untuk mengambil sebarang gambar di dalam Jabatan ini kerana segala semua operasi yang dijalankan masih dalam pemerhatian dan sulit untuk orang ramai.
Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong. Delegasi kami tiba di HK pada waktu tengah hari dan cuaca semasa ketibaan adalah hujan.
Di KLIA bersama Fariz Pramadiaz. Walaupun tidak dapat pergi bersama tetapi Fariz tetap mengiringi kami di lapangan terbang sebagai tanda sokongan pada program yang telah sekian lama dirancang.
Sunday, July 1, 2007
Keberangkatan Delegasi ke Hong Kong
Alhamdulillah... Impian peserta Hong Kong SMART Visit'07 untuk menjejaki kaki di bumi Hong Kong menjadi realiti. Delegasi Hong Kong SMARt Visit'07 ini akan berangkat ke KLIA pada jam 10 malam dan seterusnya bertolak ke Hong Kong pada jam 9.30 pagi dengan menaiki penerbangan Malaysian Airlines System (MAS). Perjalanan ke Hong Kong mengambil masa 3 jam. Doakan semoga kami semua selamat sampai di sana. Jom Hong Kong SMART Visit'07!!!
Monday, June 18, 2007
Majlis Pelancaran Hong Kong SMART Visit'07
Majlis Pelancaran Hong Kong SMART Visit'07 berjaya diadakan pada 27 Jun 2007 di Conference Hall di Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa). Majlis pelancaran ini telah dihadiri oleh hampir 80 orang dari kalangan penaja-penaja, staf Jabatan Bendahari, Unit Korporat, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni, dekan-dekan dan pelajar-pelajar UMP. Majlis ini telah dirasmikan oleh ADUN Sungai Lembing, Y.B. Md. Sohaimi bin Mohamad Shah yang mewakili Y.A.B. Menteri Besar Pahang. Majlis ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya walaupun dengan keadaan tempat yang sempit dan agak terhad bilangan kerusinya. Majlis ini menjadi satu titik tolak permulaan kepada Delegasi Hong Kong SMART Visit'07 sebelum berangkat ke Hong Kong. Berbagai-bagai cenderamata yang diberikan kepada hadirin yang hadir. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni kerana telah menampung segala kos perbelanjaan majlis pelancaran ini. Terima jua kepada semua hadirin yang telah menjayakan majlis tersebut.
Di Sebalik Tabir Majlis Pelancaran
Setelah menghampiri ke tarikh keberangkatan kami ke Hong Kong, maka Majlis Pelancaran Program Hong Kong SMART Visit'07 perlu diadakan. Persediaan selama seminggu bagi majlis pelancaran ini cukup terhad bagi kami untuk mengadakan majlis ini dengan penuh gilang-gemilang.Berbagai-bagai masalah yang timbul tetapi berjaya kami atasinya. Akhirnya, terlaksana dengan penuh bangganya Majlis Pelancaran Hong Kong SMART Visit'07.
Friday, June 15, 2007
Sponsor Lagi...
...Team HK SMART Visit'07...
Inilah barisan tenaga kerja yang sentiasa bersama-sama memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi bagi menjayakan program Hong Kong SMART Visit'07. Inilah juga orangnya yang bakal membawa nama PERKASA, Universiti Malaysia Pahang(UMP) dan Malaysia ke Hong Kong. Inilah peneraju kepada kejayaan program Hong Kong SMART Visit'07.
Subscribe to:
Posts (Atom)